Lazimnya, pada bulan Oktober/ November setiap tahun kerajaan akan mengumumkan bajet bagi perancangan tadbir urus negara pada tahun hadapan. Sebagai rakyat Malaysia, kita pastinya menanti-nanti dasar dan polisi yang akan diperkenalkan sama ada ia memberi manfaat kepada kita secara langsung atau tidak langsung.
Ikuti perkongsian di bawah mengenai tarikh pembentangan Belanjawan dan Intipati Bajet 2024 untuk maklumat lebih lanjut.
Belanjawan yang telah dibentangkan di Dewan Rakyat, Bangunan Parlimen Malaysia oleh Menteri Kewangan/ Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di hadapan seluruh ahli Parlimen serta disiarkan secara langsung di semua stesen penyiaran awam dan juga berbayar di Malaysia. Ia juga diharap dapat membantu meningkatkan semula ekonomi negara serta meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Belanjawan 2024 Malaysia Di bawah dikongsikan maklumat berkenaan Bajet 2024 untuk rujukan semua.
Justeru, pembentangan Bajet tahun ini diharapkan memberi keutamaan kepada usaha membantu rakyat yang terjejas dari setiap sudut seperti kewangan dan kebajikan serta memastikan ekonomi negara berjalan semula dan kembali rancak demi kemaslahatan bersama.
Semoga inisiatif seperti Bantuan Sara Hidup diteruskan bagi membantu golongan bersasar seperti golongan B40 dan pelbagai lagi stimulus serta pakej ekonomi yang membantu rakyat khususnya dan negara secara amnya.
Tarikh Pembentangan Bajet 2024 Pembentangan Belanjawan dijadualkan berlangsung pada tarikh yang telah dinyatakan oleh Kementerian Kewangan Malaysia (Kerajaan Perpaduan) iaitu pada:
- 13 Oktober 2023 (Hari Jumaat)
- Bermula jam 4 petang di Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia
- Siaran langsung di saluran radio dan utama di Malaysia
Intipati Bajet 2024
Intipati perkara-perkara penting yang diumumkan oleh Menteri Kewangan semasa pembentangan bajet 2024 akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Peruntukkan Bajet 2024
Jumlah : RM 393.8bilion
Perbelanjaan operasi: RM303.8 bilion
Perbelanjaan pembangunan: RM90 bilion
Simpanan Luar Jangka : RM2 billion
Isi Penting Belanjawan 2024
- Kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan dari 6% ke 8% dengan skop diluaskan kepada perkhidmatan logistik, pembrokeran, penajajaminan dan karaoke. Kadar 6% dikekalkan untuk perkhidmatan makanan dan minuman, telekomunikasi, parkir kereta dan logistik.
- Cukai Keuntungan Modal sebanyak 10% daripada keuntungan bersih pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat mulai 1 Mac 2024
- Cukai Barang Bernilai Tinggi dari 5% hingga 10% berdasarkan nilai ambang harga barangan
- Rebat Bil Elektrik sehingga RM40 sebulan bagi isi rumah miskin tegar. Bayaran deposit akaun bil elektrik atas nama sendiri untuk 120,000 isi rumah miskin juga dikecualikan.
- Kenaikan harga diesel secara berperingkat bagi menyasarkan semula subsidi dan mengelakkan penyeludupan
- Portal Fraud Kebangsaan (NFD) dijangka dilancarkan pada tahun 2024 bagi mengekang masalah scam, penipuan di internet
- Peruntukan pembangunan untuk Sabah dan Sarawak sebanyak RM12.4 Billion
- Tahun Melawat Malaysia ditetapkan semula pada tahun 2026
- Skim Galakan Penggunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 dan ke bawah. Rebat akan diberikan sehingga RM2,400 kepada pembeli
- Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah dinaikkan daripada RM8 bilion kepada RM10 billion Kadar maksimum STR meningkat daripada RM3,100 kepada RM3,700
- -Kadar minumum STR bagi golongan belia meningkat dari RM350 kepada RM500 Permohonan baru akan dibuka seawal November 2023
- -Bayaran pertama pada bulan Februari 2024
- Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan diperluaskan kepada 700 ribu penerima STR dan menerima RM100 sebulan untuk tempoh 12 bulan
- Semua lantikan MySTEP disediakan tawaran mengikuti program peningkatan kemahiran di bawah MyFutureJobs PERKESO akan menyediakan insentif khas sebanyak RM1,500 sebulan selama enam bulan bagi menyokong kemasukan lebih 3,300 pencari kerja golongan rentan
- Kerajaan akan menanggung bayaran ujian memandu lesen motosikal kelas B2, e-hailing dan teksi untuk 40,000 belia daripada keluarga kurang mampu 100,000 topi keledar termasuk untuk kanak-kanak akan diagihkan secara percuma kepada keluarga kurang mampu
- FLYsiswa diperkenalkan sebagai bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan bagi pelajar yang kurang mampu
- Akaun Fleksibel KWSP akan diperkenalkan sebagai akaun baharu yang boleh diakses ahli pada bila-bila masa
- Ganjaran RM500 kepada golongan belia yang berjaya melakukan aktiviti kesukarelawanan dengan badan yang diiktiraf oleh Kerajaan
- Kadar elaun pelatih OKU yang mengikuti Program Pemulihan Dalam Komuniti akan ditingkatkan kepada RM300
- Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024:
- -10% ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman
- -10% untuk bayaran sekurang-kurangnya
- -50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran-15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual
- Yuran bagi tujuan pendaftaran masuk ke universiti awam dihadkan untuk tidak melebihi RM1,500 bermula Januari 2024.
- Skim Perubatan Madani diperluaskan ke seluruh negara Skim mySalam diteruskan bagi tempoh dua tahun Pas bulanan My50 diteruskan bagi perkhidmatan bas dan rel PRASARANA
- Sumbangan Khas RM700 kepada guru takmir, guru KAFA, imam, bilal, siak, noja dan marbut di peringkat komuniti
- Pelepasan cukai khusus pembelian peralatan dan aktiviti sukan terhad sehingga RM1,000. Juga diperluas meliputi perbelanjaan yuran mengikuti latihan sukan RM2,000
- Bayaran Insentif Awal kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak pada akhir bulan Februari 2024 RM1,000
- Bayaran Insentif Awal kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform pada akhir bulan Februari 2024 RM1,000
- Bayaran Insentif kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen pada akhir bulan Februari 2024
Live Streaming/ Siaran Langsung Bajet 2024
Teks Lengkap Ucapan Belanjawan 2024 boleh dimuat turun di Kementerian Kewangan Sekian sahaja perkongsian di atas diharapkan segala inisiatif yang mengutamakan agenda rakyat dilaksanakan dengan amanah dan telus.