Anwar Ibrahim,adalah sosok tubuh veteran dalam politik Malaysia.Beliau pernah menjadi menteri kewangan di era 90-an.Sehingga ke hari ini beliau masih tidak pernah jemu-jemu berusaha membawa partinya memenangi pilihanraya sekaligus menjadikan dirinya Perdana Menteri meskipun pernah dipenjara agak lama sebelum diberikan pengampunan oleh Yang Dipertuan Agong pada May 2018 .
Soalnya adakah beliau mampu mengembalikan zaman kegemilangannya dikala segala keupayaan fizikal dan mentalnya semakin berkurangan diatas faktor usia.
Cara terbaik menilai keupayaan Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi ketika Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi menteri kewangan dan ketika Dato Seri Najib Razak menjadi menteri kewangan seperti berikut:
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan
Tahun | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 |
% pertumbuhan | 8.8 | 9.9 | 9.2 | 9.8 | 10.0 | 7.3 |
Pertumbuhan ekonomi sepanjang Dato’ Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Kewangan
Tahun | 2009 | 2010 | 2011 |
% pertumbuhan | (1.5) | 7.2 | 5.1 |
Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Dato’ Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Dato’ Seri Anwar Ibrahim berdasarkan ‘time frame’ berikut,hanya selepas penggal pemerintahannya yang kedua prestasi Dato Seri Najib Razak mulai meningkat .
Pada kala Dato’ Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9% – 10% hampir sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan, tahun pertama Dato’ Seri Najib (2009) mengemudi ekonomi negara menjunamkan negara ke kancah kegawatan ekonomi, sedang negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.
Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan sekitar 9% – 10% semasa Dato’ Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan lembap 4% – 5% sekarang, disamping berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti harga barang naik, gaji yang terbantut dan lain-lain.
Rekod ekonomi Dato’ Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang terakhir yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan Umno mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang meningkat saban tahun sedang hasil tidak bertambah.
Sebab itulah, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.
Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Dato’ Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan apabila gagal mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim:
Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara
Tahun | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 |
Lebihan/Defisit (%) | (0.8) | 0.2 | 2.3 | 0.8 | 0.7 | 2.4 |
Jumlah hutang negara (RM b) | 97 | 96 | 93 | 91 | 90 | 89 |
Tahun | 1998 | 1999 | 2000 | 2001 | 2002 | 2003 |
Lebihan/Defisit (%) | (1.8) | (3.2) | (5.5) | (5.2) | (5.3) | (5.0) |
Jumlah hutang negara (RM b) | 103 | 112 | 126 | 146 | 165 | 189 |
Tahun | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 | 2008 | 2009 |
Lebihan/Defisit (%) | (4.1) | (3.4) | (3.2) | (3.1) | (4.6) | (6.7) |
Jumlah hutang negara (RM b) | 217 | 229 | 242 | 267 | 306 | 362 |
Tahun | 2010 | 2011 |
Lebihan/Defisit (%) | (5.4) | (4.8) |
Jumlah hutang negara (RM b) | 407 | 456 |
Sepanjang tempoh Dato’ Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara pula melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan jumlah hutang yang digandakan oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak (iaitu RM456 bilion pada akhir tahun 2011).
Kegilaan berhutang dan berborosan ini berlaku tatkala Dato’ Seri Najib Tun Razak memaksa PETRONAS menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana PETRONAS, kecuali Dato’ Seri Najib Tun Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:
Tahun | 1992 | 1993 | 1994 | 1995 | 1996 | 1997 |
Dividen PETRONAS (RM b) | 3.1 | 3.1 | 3.1 | 3.1 | 3.1 | 3.1 |
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Anwar menjadi Menteri Kewangan
Tahun | 2004 | 2005 | 2006 | 2007 |
Dividen PETRONAS (RM b) | 9.1 | 11.0 | 18.0 | 24.0 |
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Tun Abdullah Badawi menjadi Menteri Kewangan
Tahun | 2009 | 2010 | 2011 |
Dividen PETRONAS (RM b) | 30.0 | 30.0 | 30.0 |
Jumlah dividen yang disumbangkan PETRONAS semasa Dato’ Seri Najib menjadi Menteri Kewangan
Sedang Dato’ Seri Anwar Ibrahim mengurangkan hutang negara, berbelanja berhemah sehingga pendapatan mengatasi belanja, tidak membebankan PETRONAS dan ekonomi tumbuh 9% – 10%, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang PETRONAS, hutang negara meningkat 5 kali ganda, defisit akibat keborosan berlarutan 14 tahun dan ekonomi tetap lembap sekitar 4% – 5% sahaja.
Malah terdapat beberapa fakta dan hujah-hujah yang sering dilontarkan oleh penyokong-penyokongnya mengenai kredibiliti beliau didalam menguruskan ekonomi.
1. Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Euromoney Magazine mengiktiraf Anwar sebagai 4 Menteri Kewangan terbaik dunia pada tahun 1993?
2 .Kalau Anwar tak pandai EKONOMI dan KEWANGAN kenapa Asia Money Magazine mengiktiraf Anwar sebagai Menteri Kewangan terbaik di Asia pada tahun 1996?
3. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai mengurus ‘ Ekonomi dan Kewangan ‘ Malaysia kenapa Anwar diiktiraf sebagai ‘ The Asian of the year ‘ oleh Asia Weeks Magazine pada tahun 1998?
4. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi & Kewangan kenapa Anwar berjaya menjadikan Malaysia sebagai ‘ Harimau Asia ‘ bermula dari tahun 1993 hingga 1998 dari sudut ekonomi dikalangan negara – negara Asian?
5. Kalau Anwar tak pandai ekonomi kenapa Anwar berjaya mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia dengan mendapat ‘ Untung ‘ iaitu pendapatan melebihi perbelanjaan selama 7 tahun berturut-turut?
6. Kalau Anwar tak pandai EKONOMI & KEWANGAN kenapa Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan Malaysia Pertama yang berjaya mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia dengan mendapat ‘ Untung ‘ atau pendapatan melebihi perbelanjaan?
Selepas Anwar Ibrahim sehingga sekarang tiada lagi Menteri Kewangan Malaysia yang berjaya membentangkan Budget Pendapatan melebihi perbelanjaan.
7. Kalau Anwar tak pandai ekonomi dan hal kewangan kenapa banyak negara yang mengambil Anwar Ibrahim sebagai ‘ Penasihat ‘ Ekonomi & Kewangan mereka?
Antara negara yang pernah mengambil Anwar sebagai penasihat ekonomi dan kewangan adalah Turki dan ekonomi Turki sekarang berada di tempat ke 7 terbaik di dunia dan tempat ke 3 terbaik dikalangan negara-negara Europah.
8. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai Mengurus KEWANGAN kenapa banyak negara meminta ‘ KHIDMAT NASIHAT KEWANGAN ‘ dari Anwar antaranya Arab Saudi,Kuawit, Qatar,Bosnia, Singapura,Indonesia,Hong Kong,Korea dan banyak lagi?
9. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi dan Kewangan kenapa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertama Malaysia yang membayar ‘ HUTANG LUAR ‘ Malaysia sebanyak RM10 Bilion setiap tahun?
10. Kalau Anwar tak pandai Ekonomi & Kewangan kenapa Anwar berjaya meletakkan HUTANG LUAR Malaysia ke paras yang paling rendah RM9.9 Bilion?
11. Kalau Anwar tak pandai mengurus Ekonomi & Kewangan Malaysia kenapa Anwar menjadi Menteri Kewangan pertama Malaysia yang menulis surat kepada Bank Dunia pada tahun 1993 untuk menghentikan pinjaman kewangan yang dilakukan oleh Menteri Kewangan yang terdahulu ( Daim Zainuddin )?
Anwar Ibrahim menghentikan PINJAMAN MALAYSIA DARI BANK DUNIA PADA TAHUN 1993 kerana Malaysia telah mampu berdikari pada ketika itu dengan budget pendapatan melebihi perbelanjaan.
12. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai hal KEWANGAN kenapa BANK DUNIA pada tahun 2008 mengakui Anwar Ibrahim sebagai ‘ Pakar Perunding Kewangan ‘ berdasarkan pencapaian CERMERLANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan?
Anwar Ibrahim diakui sebagai Pakar Perunding Kewangan berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan yang berjaya mengurus ekonomi dan kewangan Malaysia dengan baik bukan berdasarkan latarbelakang akademik.
13. Kalau Anwar Ibrahim tak pandai EKONOMI kenapa EUROPEAN CENTRAL BANK pada tahun 2014 mengakui Anwar sebagai ‘ Pakar Ekonomi & Kewangan ‘ berdasarkan pencapaian CERMELANG Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan?
Anwar Ibrahim diakui sebagai ‘ Pakar Ekonomi & Kewangan ‘ berdasarkan pencapaian cermerlang Anwar semasa menjadi Menteri Kewangan bukan berdasarkan latarbelakang akademik.
14. Kenapa Anwar Ibrahim difitnah dan dituduh budak dan tunduk kepada IMF ketika Malaysia mengalami ‘ KRISIS NILAI MATA WANG ‘ pada tahun 1997 dan 1998?
15. Ketika Malaysia menghadapi krisis nilai mata wang pada tahun 1997 dan 1998 yang amat terkesan adalah dikalangan ‘ Super Rich ‘ atau golongan yang MAHA KAYA,mereka adalah kroni kepada Mahathir dan Daim. Kesemua kroni Mahathir dan Daim akan muflis sekiranya tidak tidak diselamatkan.
Anwar Ibrahim membawa Gagasan Ekonomi Manusiawi
Istilah ekonomi manusiawi mula digunakan oleh Anwar Ibrahim dan catatan terawal penggunaan istilah ini ialah dalam bukunya ‘Gelombang Kebangkitan Asia’ yang di terbitkan pada 1997. Dalam buku Membangun Ekonomi Manusiawi terbitan sulung Forum Ekonomi Manusiawi tahun 2021, penulis bab kedua Kemiskinan, Kesenjangan Ekonomi dan Pendekatan Model Ekonomi Manusiawi memetik Anwar Ibrahim sebagai:
“Cita-cita untuk mencapai sistem ekonomi yang manusiawi lebih merupakan satu seni daripada satu bentuk kejuruteraan kerana sifat masyarakat pelbagai dimensi dan kerencaman persoalan ekonomi berkait rapat dengan politik dan kebudayaan.”
Jelas kerencaman ini menuntut kepimpinan yang bijaksana dan berhikmah untuk mengolah dan mencari penyelesaian yang segar dan berkesan bagi merungkai isu dan permasalahan ekonomi dan negara yang kian kompleks. Ia tidak boleh dengan pendekatan simplistik dan naif, dan bersifat retorika semata mata tanpa ada perincian yang teliti dari segi pelaksanaannya.
Satu lagi aspek kerencaman ialah aspek sosio budaya yang melatari Ekonomi Manusiawi. Ia menuntut penerimaan kepelbagaian dalam masyarakat Malaysia sebagai suatu rahmah dan meransang kepada pemupukan budaya aman hidup bersama. Gagasan Bangsa Malaysia yang melangkaui acuan serta tafsiran politik diangkat bagi memberi nafas baharu untuk mengatasi kemelut sedia ada. Selain itu, idealisme segar yang disaluti keimanan yang mendalam sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah al-Kahfi, perlu disuburkan dalam kalangan para pemimpin yang ingin membawa perubahan.
Dalam naskah yang sama, Anwar Ibrahim menulis: “Cabaran ekonomi tidak satu. Ia datang dari pelbagai penjuru. Keghairahan menyelesaikan suatu masalah tanpa mempeduli aspek lain boleh menimbulkan masalah ekonomi yang lain.” Hal yang demikian, semua pihak perlu memainkan peranan bagi menyelesaikan kemelut politik sedia ada dengan segera, memandangkan kestabilan politik mempunyai perkaitan yang rapat dengan krisis ekonomi serta kesihatan pada hari ini. Kita sebenarnya mesti melihat krisis pada hari ini sebagai krisis kemanusiaan yang memerlukan pendekatan manusiawi bagi mencapai solusi terbaik.
Walaubagaimana indah dan terlihat akademiknya sebarang slogan,frasa atau ungkapan sesuatu dasar yang ingin dibawakan realitinya masyarakat Malaysia hari ini terutamanya yang bergelar pengundi dan menggunakan hak mengundi mereka adalah sukar diramal.
Masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas dan merdeka hari ini tidak segan silu atau takut-takut untuk menghukum,membicarakan atau mempersoalkan siapa saja samaada dari pihak pemerintah atau pembangkang.Masyarakat hari ini adalah masyarakat yang agresif mencari maklumat dan tidak terburu-buru menerima sesuatu dakwaan tanpa mereka debatkan samaada di media sosial atau di kedai kopi.Mereka tidak lagi menerima bulat-bulat apa saja kata-kata orang politik.Mereka tidak lagi mudah terpedaya dengan ucapan retorik.
Berbalik kepada persoalan pokok,mampukah Gagasan Ekonomi Manusiawi yang dibawa Anwar Ibrahim ini menawan hati rakyat seterusnya diterjemahkan dalam bentuk undi dan sokongan ketika PRU 15 ini?
Masa akan memberikan jawapannya.
Artikel ini adalah analisa dan kajian penulis daripada beberapa sumber terbuka dan hanyalah pendapat dan pandangan peribadi penulis semata-mata.Ianya tidak mewakili mana-mana pihak atau mengesyorkan apa-apa cadangan kepada mana-mana pihak.