15th Dec. – Kerajaan Amerika Syarikat dalam perancangan untuk mengumumkan plan ransangan berjumlah $909 billion US Dollar bagi meransang kembali pertumbuhan ekonomi yang terjejas akibat pandemik Covid-19. Amerika Syarikat merupakan negara yang paling terjejas teruk dilanda pandemik Covid-19 dimana lebih 16 juta rakyatnya dijangkiti wabak tersebut dengan angka korban melebihi 300,000 mangsa.
Plan ransangan ini adalah penting bagi meransang kembali pertumbuhan ekonomi, walaubagaimanapun tergendala hampir beberapa bulan akibat ketidak sepakatan ahli politik dalam menyokong pakej ransangan ini. Terkini, usul pakej ransangan ini akan dibawa ke Kongress Amerika Syarikat dan dijangka akan dibawa dalam 2 pakej berasingan dalam usaha mendapatkan sokongan penuh ahli kongres.
Pakej pertama berjumlah sekitar $748 billion yang akan difokuskan kepada perniagaan kecil, membantu mengatasi masalah pengangguran seluruh negara dan sebahagian akan diguna untuk tujuan program vaksinasi kebangsaan. Pakej kedua pula berjumlah sekitar $160 billion pula bakal disuntik kepada negeri-negeri dan kerajaan tempatan.
Apa akan berlaku kepada nilai US Dollar?.
Tujuan pakej ransangan oleh kerajaan Amerika Syarikat adalah untuk kembali meransang ekonomi. Oleh itu, selepas pakej ransangan ini berjaya diluluska, berkemungkinan ekonomi Amerika Syarikat akan kembali aktif selepas teruk terjejas.
Secara teori, suntikan wang ke dalam pasaran akan melemahkan nilai matawang untuk jangka masa pendek. Tetapi sekiranya pakej ransangan ini berjaya menjana ekonomi ke tahap yang optimum, nilai matawang akan kembali kukuh.
Secara spesifik, nilai US Dollar pada ketika ini lemah berbanding beberapa matawang utama yang lain seperti Euro, Pound, Australian Dollar dan New Zealand Dollar. Kemungkinan besar akan berlaku retracement di beberapa pair seperti AUD/USD dan NZD/USD memandangkan harga menghampiri ke paras resistant penting harga.
Sertai webinar ShowFx World terakhir pada tahun 2020 bersama dengan pengasas e-majalah forex mingguan “Majalah Forex Malaysia” – Ahmad Faizuddin!
Terdapat 5 asas penting dalam dagangan Forex iaitu:
A. Ilmu analisa pasaran
1. Analisa fundamental
2. Analisa teknikal
3. Analisa sentimen
B. Ilmu kemahiran dagangan
1. Kemahiran mengawal akaun dagangan
2. Menguasai emosi semasa dagangan
Webinar in amat sesuai dengan mereka yang baru berdagang dan mereka yang mahu mengulangkaji ilmu mereka berkaitan dengan 5 aspek penting dalam dagangan forex.
Setiap peserta berpeluang memenangi bonus dagangan AS $ 1,000, AS $ 2,000 atau telefon pintar berjenama iPhone!
Untuk menyertai webinar secara percuma, anda boleh klik di bawah.