Perkongsian seorang individu yang mendakwa harga ikan siakap di pesannya mahal di sebuah restoran di Langkawi yang kini dijadikan Travel Bubble menjadi bualan dan tular di media sosial. Bayangkan beliau perlu membayar RM1,196.80 untuk ikan siakap sebarat 7.48 kilogram
Jelas pada resit jumlah keseluruhan bil RM1,759.50 termasuk hidangan makanan dan minuman untuk tujuh orang makan.
Individu tersebut berasa terkejut pada awalnya ketika mahu membuat pembayaran dan menasihati pihak restoran seperti tidak menghidangkan ikan sebesar itu untuk 7 orang makan.
Norasyikin telah menerangkan kepada pelanggan itu bahawa ikan yang dipesannya itu tidak dijual tetapi dipelihara dalam sangkar untuk dijadikan tontonan pengunjung restoran sahaja. Malah, harga bagi ikan siakap terbabit juga sudah dinyatakan di dalam menu restorannya iaitu RM16 bagi setiap 100 gram (g).
Norasyikin turut menafikan pihak restoran mengenakan caj tambahan bagi pembayaran menggunakan kad kredit seperti didakwa pelanggan terbabit.
Leave a comment