2nd Nov. – US Dollar mencatatkan sedikit peningkatan positif sejak minggu lalu dan juga pada pembukaan pasaran minggu ini. Peningkatan ini berlaku pada ketika pasaran bersiap sedia menghadapi kesan pilihan raya Presiden Amerika Syarikat esok, 3 November 2020. Dalam masa yang sama, peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19 juga menjadi faktor yang akan menyebabkan pergerakan pasaran mungkin akan lebih “volatile”.
Peningkatan nilai US Dollar, walaupun tidak begitu tinggi tetapi merupakan peningkatan terbesar sejak kejatuhan nilainya sejak penghujung September lalu.
Apa yang pasaran boleh jangkakan adalah kemungkinan persaingan sengit di antara calon parti Demokrat, Joe Bidden yang dilaporkan mendahului pungutan suara secara tidak rasmi pada ketika ini, menambah spekulasi bahawa United States akan memiliki Presiden yang baharu menggantikan D.Trump.
Dalam keadaan ketidaktentuan geo-politik ini, para pelabur pastinya akan lebih berminat untuk memilih “safe-haven currency” dan juga “safe-haven metal”. Peluang dagangan adalah terbuka untuk kita ambil tetapi mesti berhati-hati memandangkan “high-volatility market” berpotensi besar akan berlaku sebelum, semasa dan selepas pengumuman keputusan pilihan raya Presiden U.S ini.
Dalam masa yang sama, pasaran juga akan sensitif dengan perkembangan semasa peningkatan kes Covid-19 yang dilaporkan melanda negara Amerika Syarikat yang mencecah lebih 100,000 kes positif baharu dalam masa sehari sahaja. Begitu juga keadaan di Eropah di mana kerajaan United Kingdom telah mengambil langkah drastik dengan mengenakan arahan “lockdown” selama 4 minggu bagi membendung penularan wabak ini.