22 Sept. 2020 – Matawang US Dollar meningkat berbanding matawang utama yang lain pada hari ini. Sentimen berkaitan Covid-19 serta Kongress U.S yang akan menyuntik lebih dana ke dalam ekonomi bagi tujuan ransangan tidak menyebabkan nilai US Dollar jatuh pada awal minggu ini.
Indeks Dollar US mencatatkan peningkatan sebanyak 0.04% berbanding sekumpulan matawang utama yang lain pada hari ini. Jika kita bandingkan dengan matawang eropah seperti Euro dan Great Britain Pound Sterling, situasi terkini di zon eropah di mana terdapat laporan peningkatan kembali kes pandemik Covid-19 memberi kesan keyakinan pelabur dan pedagang terhadap matawang eropah.
EUR/USD melonjak naik sejak 4 bulan yang lalu, kini muncul tanda-tanda pembetulan harga di mana harga menurun. Harga tertinggi dicatatkan pada paras 1.20200, kini kembali turun ke paras 1.17400. Begitu juga dengan pair GBP/USD harga tertinggi adalah pada 1.3400 kini turun ke paras 1.2800.
Corak penurunan juga dilaporkan berlaku pada pair yang melibatkan blok Oceania iaitu Australia dan New Zealand di mana pair AUD/USD dan NZD/USD juga turut dilaporkan turun beberapa ratus pips.