Parlimen UK pada hari ini akan memutuskan sama ada Pelan Brexit PM Johnson Johnson sah atau tidak. Sekiranya Parlimen tidak menyetujuinya, kemungkinan “HARD BREXIT” akan berlaku dan ianya akan mencetuskan ketegangan pasaran.
Rancangan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson untuk menentang undang-undang antarabangsa dengan melanggar sebahagian daripada perjanjian Brexit dengan Kesatuan Eropah (EU) akan diuji dalam undian di parlimen hari ini.
Dewan Rakyat pada hari Isnin akan membahaskan RUU Pasaran Dalaman, isu di mana EU telah menuntut Johnson membatalkannya pada akhir bulan September ini setelah Britain memilih untuk meninggalkan blok itu.
Kejatuhan nilai matawang Great Britain Pound Sterling berbanding matawang utama yang lain dilihat ketara menjelang peristiwa penting ini. Sekiranya undian kali ini tidak memihak kepada perancangn PM Britain, kemungkinan besar GBP akan terus merosot.