26th Oct. – Tumpuan pasaran pada ketika ini jelas kepada 3 bank pusat utama dunia yang akan bersidang dan mengumumkan kadar baharu faedah semasa mereka pada minggu ini. Pada 28 Oktober 2020, Bank of Canada akan mengumumkan kadr baharu faedah semasa diikuti oleh Bank of Japan pada hari berikutnya serta European Central Bank.
Ramalan awal daripada penganalisa pasaran mengjangkakan akan berlaku beberapa pengumuman penting oleh European Central Bank berikutan keadaan semasa ekonomi di zon Eropah pada ketika ini yang kembali dilanda pandemik Covid-19. Negara Spain dan Italy kembali mengumumkan lockdown di beberapa tempat berikutan peningkatan mendadak kes jangkitan Covid-19.
European Central Bank pastinya perlu mengumumkan segera plan pemulihan dan ianya pasti akan diumumkan pada Rabu ini. Matawang Euro jga pada hari ini dilpaorkan sedikit jatuh berbanding matawang utama lain seperti US Dollar. Jika minggu lalu, harga ditutup pada paras 1.187, terkini harga menunjukkan sedikit kejatuhan dan harga berada pada paras 1.182-1.181.
Peganalisa ekonomi daripada ING juga meramlkan bahawa Presiden ECB, Lagarde akan menyampaikan mesej “dovish” dalam rangka tindak balsa dan usaha ke arah pemulihan ekonomi yang lebih aggresif di saat situasi Covid-19 yang masih membelenggu pertumbuhan ekonomi wilayah eropah itu.
Manakala Bank of Canada dan Bank of Japan diramalkan akan tetap memilih untuk tunggu dan lihat keadaan terkini ekonomi negara mereka dan mengekalkan polisi serta kadar faedah semasa. Bank of Canada pada Mac yang lalu membuat keputusan menurunkan kadar faedah ke paras 0.25%, terendah dalam sejarah berikutan pandemik yang menlanda global.
Pada minggu lalu, Gabenor BOC, Tiff Macklem menyebut bahawa mereka bersedia untuk menurunkan kadar faedah ke paras negatif, tetapi masih di peringkat cadangan sahaja. Penganalisa tidak meletakkan sebarang ramalan akan berlaku pemotongan yang aggresif pada mesyuarat minggu ini.