Pihak SPRM telah menyita dua helikopter dan membekukan 644 akaun bank individu dan syarikat dengan simpanan berjumlah kira-kira RM100 juta susulan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hasil siasatan terhadap kartel tender kerajaan.Sejumlah wang tunai berjumlah RM3.5 juta turut disita SPRM daripada kediaman ketua sindiket berkenaan bergelar Datuk yang berusia 47 tahun terbabit.
Selain menyita pelbagai kenderaan mewah bernilai RM 15.7 juta, SPRM turut menyita pelbagai aset lain seperti banglo, rumah kedai, pejabat dianggarkan bernilai RM29 juta.Aset dan wang tunai yang disita serta pembekuan akaun itu dibuat berikutan tangkapan tujuh lagi individu anggota sindiket kartel diketuai lelaki itu yang memonopoli ratusan tender kementerian dan agensi kerajaan sejak tujuh tahun lalu.Kartel diketuai lelaki terbabit, dikatakan membolot projek kerajaan menerusi tender dan sebut harga bernilai lebih RM3.8 bilion sejak tahun 2014 hingga sekarang.