Jumlah transaksi harian pasaran pertukaran matawang asing atau lebih dikenali sebagai FOREX a.k.a Foreign Exchange adalah sekitar $5-6 trillion US Dollar!. Ini menjadikan pasaran Forex adalah pasaran terbesar dunia, jauh melebihi pasaran saham seperti New York Stock Exchange (NYSE) yang dianggarkan sekitar $800 billion sehari. Muncul satu persoalan besar, siapakah atau pihak manakah yang terlibat dalam urus niaga Forex ini sehingga menjurus kepada kecairan pasaran yang tinggi dicatatkan setiap hari?. Jom kita semak!.
INSTITUSI KEWANGAN SERTA BANK-BANK UTAMA DUNIA
Penyumbang terbesar dalam pasaran Forex datang daripada Institusi kewangan serta bank-bank utama seluruh dunia. Kumpulan ini menyumbang sebanyak lebih 60% jumlah transaksi harian dalam pasaran Forex.
Sedikit berbeza dengan pedagang individu atau “spekulator”, pihak bank terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam pasaran forex apabila berlaku transaksi besar dari satu negara ke negara yang lain yang memerlukan pengiraan terperinci mengambil kira perbezaan nilai matawang.
Bank adalah pihak yang menguruskan wang pelanggan, dan apabila sebagai contoh pelanggan ingin membeli sesuatu dari luar negara, bank akan menguruskan transaksi tersebut. Oleh kerana transaksi berlaku dari negara ke negara yang lain, perbezaan harga di antara dua jenis matawang menjadi satu isu.
Di sini peranan bank datang, dan biasanya pihak bank akan menetapkan kadar tukaran semasa, yang semestinya tidak merugikan bank untuk transaksi diuruskan dengan sempurna. Secara tidak langsung, bank-bank utama dunia sendiri membuat transaksi Forex dan membuat keuntungan dari perbezaan harga di antara dua jenis matawang.
Mungkin ramai tidak mengetahui, bank-bank juga menyediakan akaun khas untuk dagangan forex, tetapi khusus kepada pelanggan khas mereka, diuruskan oleh pengurus akaun yang berpengalaman, dan semestinya memerlukan modal permulaan yang sangat besar!.
FOREX BROKER
Seperti yang diterangkan di atas, untuk individu memulakan dagangan Forex dan ingin berurusan terus dengan pihak Bank utama dunia, anda memerlukan modal yang sangat besar!. Oleh itu, tidak ramai yang berkemampuan untuk memulakan daganagn Forex.
Peranan Forex Broker muncul, sebagai pihak tengah, menawarkan perkhidmatan dagangan Forex kepada pelanggan individu dengan pihak Bank, yang lebih dikenali sebagai Liquidity Provider (LP). Kelebihan yang ditawarkan oleh Forex Broker kepada pelanggan ialah, anda boleh memulakan dagangan Forex dengan modal yang rendah, dibantu oleh “leverage” yang ditawarkan oleh pihak Forex Broker.
Secara tidak langsung, Forex Broker adalah antara pihak yang menyumbang kepada nilai transaksi dagangan Forex.
PEDAGANG FOREX DAN SPEKULATOR
Individu yang terlibat dalam dagangan Forex dikenali sebagai Pedagang Forex. Mereka juga dalam kategori spekulator, yang membawa maksud dagangan yang dibuat adalah bertujuan mencari keuntungan atas perbezaan dan pergerakan harga Forex setiap hari.
Berbeza dengan pihak Bank di mana bank membuat dagangan forex bertujuan untuk urusan perniagaan dan pemindahan wang, pedagang individu dan spekulator hanya ada satu sahaja tujuan, mencari keuntungan atas pergerakan harga nilai matawang.
Disebabkan oleh “volatility” nilai matawang, spekulator sentiasa mencari peluang terbaik membuat keuntungan. Beli apabila harga jatuh dan jual kembali apabila harga meningkat.
BANK PUSAT NEGARA
Institusi bank negara atau bank simpanan persekutuan berperanan besar dalam mengawal nilai matawang negara mereka. Bank pusat terlibat secara pasaran Forex, tetapi dengan hanya satu tujuan, mengawal nilai matawang supaya bersesuaian dengan polisi kewangan. Sebagai contoh, Swiss National Bank (SNB) adalah antara bank pusat yang aggresif campur tangan dalam pasaran matawang untuk mengawal nilai Swiss Franc (CHF) daripada menjadi terlalu mahal.
KESIMPULAN
Dagangan
matawang Forex dilakukan di seluruh dunia, oleh pelbagai pihak. Peluang untuk
semua pihak menjana keuntungan, tetapi setiap keuntungan pastinya datang sekali
dengan risiko dagangan. Belajar bagaimana untuk menjana keuntungan dengan
mudah!.
KLIK DI SINI https://wa.link/us9yw7