31 Julai 2019.
Pair EUR/GBP, kami namakan sebagai pair BREXIT, di mana pair ini mengandungi matawang yang terlibat secara langsung dengan krisis BREXIT, iaitu EURO dan GBP.
Secara sentimen, krisis BREXIT masih berjalan, dan dijangka akan berterusan sehingga ke bulan Oktober 2019. Perdana Menteri baharu United Kingdom, Borris Johnson masih berusaha untuk menyelesaikan secepat mungkin kekalutan rundingan BREXIT di antara kerajaan United Kingdom dan Kesatuan Eropah.
Dari sudut analisa teknikal, wujud beberapa peluang menarik seperti berikut:
Terdapat satu garis resistant terkini. Peluang dagangan wujud di kotak biru di kawasan 0.91800-0.92000. Risiko sekitat 50 pips dan peluang profit sekitar 200 pips.
Sila jaga risiko anda kerana ini pair berisiko tinggi.
Ditulis oleh: Ahmad Faizuddin bin Razali