Sektor ekonomi dan pengguna domestik di Selangor & Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dijangka terjejas akibat kerja-kerja penyelenggaraan aset utama Air Selangor secara berjadual bagi tahun 2021.Kerja-kerja penyelenggaran tersebut telah mendapat kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN)
Air Selangor menerusi kenyataan rasmi di laman sesawang entiti itu memaklumkan, ia melibatkan kerja-kerja pengalihan dan penyambungan paip baharu di Persiaran Selangor, Seksyen 15 di sini yang bakal menyebabkan gangguan bekalan air selama 48 jam.
Kerja-kerja ini akan dijalankan pada 30 Mac dan bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada 1 April.Pengguna boleh melayari laman web www.airselangor.com atau aplikasi Air Selangor untuk maklumat lanjut.