Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menumpaskan sindiket penipuan pelaburan antarabangsa, yang mengaut RM200 juta daripada mangsa di Australia dan United Kingdom.
![](http://54.251.66.43/wp-content/uploads/2023/02/FB_IMG_1677163869171-682x1024.jpg)
Opersi dengan code name Op Tropicana itu ialah operasi sulit membabitkan 164 pegawai pelbagai agensi itu diadakan serentak di 24 premis di Lembah Klang dan Pulau Pinang tanpa penglibatan PDRM.
![](http://54.251.66.43/wp-content/uploads/2023/02/FB_IMG_1677163854852.jpg)
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata sindiket itu dipercayai merasuah pihak berkuasa untuk menjaga keselamatan anggotanya dan membolehkan mereka mengendalikan pusatnya tanpa halangan.
![](http://54.251.66.43/wp-content/uploads/2023/02/FB_IMG_1677163864302.jpg)
Sebanyak 74 akaun bank milik individu dan syarikat telah dibekukan, dengan anggaran nilai RM11 juta.
![](https://new.majalahforexmalaysia.com/wp-content/uploads/2023/05/Gaming-with-john-1.jpg)
![](https://new.majalahforexmalaysia.com/wp-content/uploads/2023/07/360501711_300594325750735_68423932762216838_n.jpg)