China, 24 Mac – Seorang lelaki di China dilaporkan membunuh diri dengan bertindak terjun ke dalam api di sebuah kilang keluli di Inner Mongolia. Punca mangsa bertindak sedemikian dipercayai kerana mengalami kerugian besar dalam pelaburan sahamnya.
Gulf Today melaporkan kelibat mangsa yang dipercayai juga pekerja kilang itu dilihat melalui rakaman CCTV yang berada berhampiran tempat kejadian.
Lelaki tersebut dilihat membuka alatan keselamatan kerja yang dipakainya lalu meletakkannya di atas lantai menurut portal tersebut.
Rakaman CCTV menunjukkan lelaki tersebut teragak-agak selama beberapa minit sebelum terjun ke dalam cairan keluli tersebut.
Setelah disiasat, wakil syarikat tersebut mengesahkan bahawa lelaki tersebut merupakan staf di bahagian pembuatan keluli yang bekerja pada syif malam ketika waktu kejadian.
Pada awalnya, pihak polis mendakwa bahawa kejadian itu mengaitkan dengan pembunuhan namun mereka menyimpulkan ianya adalah kematian bunuh diri.
Laporan polis mendakwa mangsa mengalami kerugian sekitar 60,000 yuan dalam pelaburan saham dan gagal membayar hutang-hutangnya.
Laporan polis mendakwa mangsa telah mengalami kerugian sebanyak 60,000 yuan dalam pelaburan saham dan dia gagal melangsaikan hutang-hutangnya.