28 Sept. 2020 – Minggu hadapan pada tarikh 6 October 2020, Reserve Bank of Australia (RBA) akan mengadakan mesyuarat ekonomi dan polisi kewangan bulanan. Setelah kali terakhir membuat perubahan kadar faedah pinjaman di mana RBA mengambil keputusan menurunkan kadar faedah dari 0.5% kepada 0.25%, kini menjelang suku tahun ke-empat dan terakhir 2020, dijangka RBA akan sekali lagi membuat keputusan penting.
Sumber daripada beberapa penganalisa dan laporan bank setempat menjangkakan RBA akan mengambil langkah drastik menurunkan lagi kadar faedah daripada kadar semasa 0.25% kepada 0.1%. Tarikh sebenar keputusan pemotongan kadar faedah oleh RBA masih menjadi perdebatan hangat di kalangan penganalisa pasaran.
Westpac Bank yang sebelum ini meramalkan perubahan akan berlaku seawall minggu hadapan, tetapi terkini mereka mengubah ramalan mereka kepada kemungkinan hanya akan berlaku pada bulan November 2020. Begitu juga dengan National Australia Bank (NAB) di mana mereka turut meramalkan pemotongan akan tetap berlaku di dalam jangka masa bulan Oktober dan November.
Walaibagaimanapun, Commonwealth Bank meramalkan tiada perubahan akan di ambil oleh RBA sehingga hujung tahun 2020. Ramalan perubahan ini menyebabkan sedikit kejatuhan nilai Australian Dollar sejak beberapa minggu ini.
Dari sudut pandang kami, kami meramalkan kejatuhan sederhana akan berlaku pada pair yang melibatkan Australian Dollar. Sila semak teknikal analisis untuk mendapatkan idea dagangan yang lebih jelas.
Sumber berita:
i. https://www.abc.net.au/news/2020-09-28/asx-australian-share-market-wall-street-tech-rebound/12709424