Selain El Salvador yang mengadaptasi Bitcoin sebagai mata wang rasmi negara mereka, kini Republik Afrika Tengah pula mahu mengikuti langkah drastik tersebut. Walaupun masih banyak negara yang skeptikal dengan pendekatan tersebut, terdapat kebaikan yang boleh dimanfaatkan oleh negara yang menerimanya.
Menurut Menteri Kewangan Republik Afrika Tengah, beliau berpendapat dengan mengadaptasi teknologi baharu ini dapat membuang tanggapan akan negara tersebut sentiasa ketinggalan dan kini melangkah setapak kehadapan berbanding negara lain.
Untuk makluman, Republik Afrika Tengah merupakan antara negara paling miskin dunia serta tidak mempunyai sedikit sumber semula jadi. Dengan hanya bergantung pada perlombongan semata-mata, negara ini mengalami kesukaran untuk memangkin pertumbuhan ekonomi ke tahap yang lebih baik.
Sehubungan itu, penggunaan Bitcoin diharap meningkatkan tahap ekonomi negara yang mempunyai pendapatan per kapita hanya RM145 sebulan. Namun, dengan ketidak stabilan nilai Bitcoin membuatkan ia sukar untuk diterima sebagai pengganti mata wang fiat di peringkat global pada ketika ini.
Sebelum ini juga, Rusia sudah bercadang untuk menerima pembelian minyak dan gas menggunakan Bitcoin.