Bank pusat New Zealand (RBNZ) mengekalkan kadar tunai rasmi pada paras 0.25% — terendah dalam rekod — pada hari Rabu, seperti yang dijangkakan, serta menyatakan bahawa rangsangan monetari sedia ada diperlukan bagi memenuhi sasaran inflasi dan imbuhan pekerjaan.
Bank pusat itu turut mengekalkan program pembelian aset skala besar (LSAP) pada NZ$100 billion ($73.24 billion). Operasi Program Pembiayaan untuk Pinjaman (FLP) turut tidak berubah.
Tindakan RBNZ mengekalkan kadar faedah adalah bertepatan dengan tinjauan ahli ekonomi oleh Reuters yang menjangkakan tiada perubahan akan dilakukan.
Susulan pengumuman tersebut, dolar New Zealand (NZD) susut 0.2% kepada $0.7359.
Dalam Kenyataan Dasar Monetari (MPC), RBNZ mengatakan daya tahan dalam ekonomi domestiknya menunjukkan bahawa tiada keperluan rangsangan tambahan yang diperlukan ketika ini.
Walaupun RBNZ dilihat berhati-hati dalam tinjauan ekonomi, penganalisis menjangkakan ekonomi yang bertambah baik berkemungkinan akan menyebabkan bank pusat mengurangkan rangsangan ekonomi.