Comparitech, sebuah laman web teknologi British, menerbitkan penilaian perlindungan privasi dan pengawasan negeri di 47 negara untuk mengkaji di mana kerajaan gagal melindungi privasi atau mewujudkan pengawasan oleh kerajaan.
Penilaian dibuat berdasarkan beberapa kriteria, termasuk perlindungan perlembagaan dan berkanun, penguatkuasaan privasi dan akses kerajaan kepada data.
Daripada 47 negara, Malaysia berada di kedudukan lima terbawah, dengan skor 2.64 daripada lima mata kerana mempunyai “beberapa perlindungan data peribadi tetapi perlindungan data peribadi yang lemah”.
Masalah utama Malaysia ialah undang-undang privasi yang lebih mendalam diperlukan untuk menyesuaikan diri dengan kemajuan teknologi, ID kebangsaan yang diwajibkan menimbulkan risiko kebocoran data peribadi , kerajaan akan dapat berkongsi data peribadi antara agensi tanpa sekatan tetapi akan terdapat banyak pencerobohan data dalam negara.
Pada masa ini,di pasaran gelap dalam negara pengunaan data peribadi yang dijual beli oleh syarikat telekomunikasi,agensi pinjaman wang,dan agensi kutipan hutang,agensi marketing dan agensi insuran malahan kumpulan scammer berlangsung sewenang-wenangnya.