KEPUTUSAN TERKINI : POLISI KEWANGAN TERKINI FEDS 2019
KEPUTUSAN TERKINI : POLISI KEWANGAN TERKINI FEDS 2019
Pada 20 Mac 2019, Federal Reserve of United States telah membuat satu mesyuarat FOMC bagi menilai prestasi ekonomi United States bulan Mac 2019, sekaligus menilai juga prestasi keseluruhan suku tahun pertama 2019.
Mac ialah bulan penting kepada semua bank pusat kerana pada bulan Mac, bank pusat akan menilai kembali posisi serta pendirian mereka berhubung dengan polisi kewangan, sama ada mencapai sasaran yang ditetapkan sekaligus memberi signal bahawa ekonomi berada pada landasan yang tepat, atau gagal untuk mencapai sasaran yang diingini sekaligus langkah pemulihan perlu di lakukan segera.
Sebab itulah setiap kali mesyuarat ekonomi atau polisi dibuat pada bulan Mac, impak kepada pergerakan besar pasaran boleh dijangka berdasarkan pengumuman rasmi yang dibuat oleh bank pusat.
Berdasarkan gambar rajah di atas, penetapan polisi kewangan pastinya disusuli dengan strategi dan perancangan polisi dari segi perubahan kadar interest yang ditetapkan oleh bank pusat. Federal Reserve of United States, pada tahun 2018 telah mengambil keputusan untuk menggunapakai dan memilih polisi kewangan yang positif dan kukuh sepanjang tahun.
Keyakinan terhadap prestasi ekonomi serta dukungan daripada Presiden Donald Trump menyaksikan siri kenaikan kadar interest yang aggresif dilaksanakan oleh FEDS. Kenaikan berlaku sebanyak 4 kali bagi tahun 2018. Pengumuman kenaikan di umumkan pada setiap suku tahun, pada penghujung suku tahun seperti bulan Mac, Jun, September dan Disember.
Pengumuman ini memberi nilai tambah kepada matawang USD. USD menguat sepanjang tahun, sejajar dengan polisi kewangan yang digunapakai oelh FEDS. Walaubagaimanapun, menjelang hujung tahun 2018, desakan oleh D.Trump terhadap polisi kewangan FEDS mengubah haluan yang dipilih oleh FEDS bagi tahun 2019.