7 Okt. 2020 – Presiden D.Trump secara mengejut membatalkan rundingan untuk membincangkan tentang plan ransangan terbaru ke dalam ekonomi Amerika Syarikat dalam rangka untuk menghadapi krisis Covid-19 yang masih menjadi masalah utama negara tersebut.
“Saya telah mengarahkan wakil saya supaya hentikan sebarang rundingan berkenaan plan ransangan sehingga selesai pilihanraya Presiden November ini, sebaik sahaja saya menang, Pelan Ransangan akan diluluskan serta merta dan memfokuskan kepada rakyat Amerika yang berkerja keras dan bantuan kepada pernigaan-perniagaan kecil seluruh negara”, ini adalah ciapan Trump melalui medium Twitter pada hari Selasa lepas.
Tindakan Trump ini memeranjatkan banyak pihak terumata Setiausaha Perbendaharaan Steven Mnuchin dan Speaker Dewan Nancy Pelosi yang sedang dalam rangka bertukar kertas kerja selama beberapa hari dengan harapan kedua-dua belah pihak kerajaan dan pembangkang duduk semeja mengetepikan sebarang perbezaan dan mencapai kata sepakat.
Tindakan Trump ini meletakkan kedudukan US Dollar di dalam kategori berisiko kerana ketidak tentuan masa depan politik di sana. Ketidak tentuan politik adalah sesuatu yang tidak digemari oleh pelabur dan pedagang.
Beberapa matawang utama dunia seperti Euro dan GBP dilihat mengukuh sedikit berbanding US Dollar. Harga emas juga stabil dan menununjukkan sedikit reaksi positif selepas D.Trump membuat keputusan mengejut ini. Pasaran Index US30 mencatatkan sedikit penurunan semalam sebanyak 5% manakala US500 juga mencatatkan sedikit jatuhan semalam.
HALA TUJU MATAWANG USD DOLLAR
Nilai matawang US Dollar pada ketika ini bergantung kepada situasi November 2020 selepas pilihan raya Presiden US selesai. Jika D.Trump berjaya mengekalkan kerusi sebagai Presiden, dan berjaya mempengaruhi Federal Reserve untuk meneruskan polisi kewangan sedia ada, berkemungkinan besar nilai USD akan sedikit jatuh kerana dasar polisi semasa adalah untuk lebih aggresif menyuntik dana ke dalam eknomi dan meningkatkan volume pasaran saham. Nilai USD yang lebih rendah akan membantu menjayakan polisi kewangan semasa ini.