Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini selepas Bank Negara Malaysia (BNM) tanpa dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas (bps) kepada 3.0 peratus, dalam persekitaran kebimbangan mengenai kewangan dan ekonomi di Amerika Syarikat (AS).
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 0.12 mata kepada paras tertinggi harian pada 1,425.99 daripada 1,426.11 pada Selasa.
Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah 2.21 mata kepada 1,423.90 dan bergerak antara 1,415.47 dan 1,425.99 sepanjang sesi dagangan.
Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 553 berbanding 277 manakala 405 kaunter tidak berubah, 1,004 tidak diniagakan dan 19 yang lain digantung.