Memasuki tahun baharu 2021, US Dollar masih dilihat lemah dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pengukuhan pada ketika ini. Selepas pasaran berehat seketika, minggu ini pasaran kembali dibuka dan hari ini US Dollar masih lemah berbanding beberapa pair utama yang lain.
Antara pair yang mendapat perhatian utama kami adalah pair melibatkan matawang zon eropah dan US Dollar. Sebagai contoh, pair GBP/USD, pengukuhan pair ini semakin ketara selepas rundingan BREXIT berjalan baik pada penghujung tahun lalu.
Pair ini dibuka tinggi berbanding minggu lalu apabila didagangkan pada paras 1.36900 ketika ini. Corak pergerakan graf juga masih dalam keadaan “strong bullish” dan masih berada dalam zon beli. Dijangka harga akan terus naik lagi dan mencari kawasan lebih tinggi.
Begitu juga dengan pair EUR/USD, pergerakan masih lagi dalam keadaan “stong bullish”. Harga bergerak mendekati paras tertinggi tahun 2018 iaitu sekitar 1.2500.
Minggu ini, berita mengenai data ekonomi negara United States akan terbit dan pastinya mendapat perhatian utama pelabur dan pedagang. Antara berita ekonomi penting yang perlu diberi perhatian adalah Initial Jobless Claims, Trade Balance, ISM Services PMI dan Non-Farm Payrolls.