MENJELANG MESYUARAT EKONOMI DAN POLISI KEWANGAN RBNZ SUKU TAHUN PERTAMA 2019
Pengukuhan New Zealand Dollar dipacu oleh peningkatan data GDP ekonomi New Zealand yang dicatatkan sejak suku tahun ke-empat 2018 seperti yang direkodkan. Pertumbuhan 0.3% kepada 0.6% GDP membantu pengukuhan nilai NZD pada ketika ini.
Pada minggu ini, akan diadakan mesyuarat pada 27 Mac 2019. Penting untuk kita menilai sejauh mana perkembangan semasa ekonomi di New Zealand sama ada terus berkembang atau pun tidak. Prestasi ekonomi akan mempengaruhi keputusan polisi kewangan jangka panjang. Reserve Bank of New Zealand akan bertindak mengumumkan polisi kewangan mereka berdasarkan keadaan ekonomi serta kehendak hala tuju ekonomi yang ingin dicapai.
RBNZ mengekalkan paras Interest Rate pada kadar 1.75% sejak 2017 dan kekal sehingga kini. Tiada petanda kenaikan interest rate akan diumumkan, dan berkemungkinan besar pemotongan berkemungkinan bakal berlaku pada tahun ini.
https://www.poundsterlinglive.com/nzd/11069-the-new-zealand-dollar-gdp-data-not-enough-to-prevent-market-pricing-in-rbnz-cuts-strength-won-t-last-for-long
Berdasarkan beberapa artikel yang timbul ketika ini, terdapat ura-ura RBNZ akan memotong interest rate menjelang hujung tahun 2019, petanda bahawa ekonomi New Zealand masih memerlukan ransangan ekonomi yang lebih bagi memacu pertumbuhan yang lebih pesat.