30 Sept. 2020 – Matawang eropah Euro mencatatkan sedikit jatuhan sebanyak 0.3% sejak pasaran di buka hari ini. Harga pair EUR/USD berada pada parasa $1.17 berbanding $1.18 minggu lalu. Presiden European Central Bank (ECB), Christine Lagarde, melalui satu kenyataan terbuka memberi bayangan akan berlaku perubahan kepada strategi ECB dalam mendepani krisis Covid-19 di zone Eropah. ECB berkemungkinan besar akan mengambil pendekatan yang sama dan bersesuaian dengan apa yang dilakukan oleh Federal Reserve.
Sasaran inflasi yang ditetapkan oleh ECB pada tahun ini dilihat masih gagal dicapai. Data inflasi terbaru mengesahkan apa yang menjadi kebimbangan ECB di mana data inflasi lebih rendah daripada apa yang dijangkakan. Satu pendekatan aggresif perlu dilakukan untuk meningkatkan kembali kadar inflasi.
Keadaan yang sama juga berlaku pada matawang Great Britain Pound Sterling (GBP) dimana penurunan nilai turut berlaku. Paras semasa GBP/USD berlegar sekitar $1.28 berbanding $1.29 minggu lalu. Antara isu yang membelenggu matawang GBP adalah factor rundingan semasa BREXIT UK-EU yang masih berterusan dan sedikit menekan berikutan krisis pandemic Covid-19 yang mengganggu pertumbuhan ekonomi.
Ketua Ekonomi Bank of England (BOE), Andy Haldane, melalui satu kenyataan akhbar menyarankan supaya pihak BOE tidak menutup pintu perbincangan kepada usaha meletakkan kadar faedah semasa pada paras negatif.
Sementara itu, nilai US Dollar dilihat sedikit positif sebaik sahaja selesai perdebatan politik berlaku di antara Presiden D.Trump dengan pencabar beliau Joe Biden. Untuk idea dagangan pair EUR/USD dan GBP/USD, sila rujuk graf di bawah.