Malaysia mengumumkan pakej RM 20 billion ($4.9 billion) bagi merangsang aktiviti ekonomi dengan jangkitan Covid-19 mulai perlahan dan bermula program vaksinasi.
Pakej tersebut akan merangkumi RM 11 billion suntikan fiskal, menurut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada hari Rabu. Beliau turut menyatakan tiada lagi perintah berkurung secara menyeluruh, sebaliknya hanya akan dibuat di lokaliti dan kluster.
Keputusan tersebut hadir sehari sebelum Malaysia “menyambut” ulang tahun pertama perintah berkurung coronavirus. Jumlah kes harian telah menurun sejak memuncak pada bulan Januari, seterusnya menambah keyakinan bahawa ekonomi akan bertambah baik dalam bulan mendatang. Bilangan kes pada hari Selasa adalah yang paling sedikit sejak awal Disember.
Ekonomi Malaysia dijangka bertumbuh sebanyak 6.7% pada tahun ini, dan sebanyak 4.8% pada 2022 selepas menguncup 5.6% pada tahun 2020, menurut Menteri Ekonomi Mustapa Mohamed, memetik data daripada Bank Dunia.
Langkah lain pakej bantuan ekonomi termasuklah:
- Diskaun terhadap bil elektrik dilanjutkan sehingga 30 Jun
- Pengecualian cukai dalam sektor pelancongan sehingga 31 Disember
- Pemberian RM 500 kepada golongan B40
- “Crowdfunding” ekuiti diperluaskan kepada syarikat tidak tersenarai (unlisted)
- Geran RM 20 juta untuk peralatan minyak kelapa sawit
Sebagai sebahagian daripada pakej ekonomi, kerajaan akan membelanjakan RM 3 billion ke RM 5 billion bagi mempercepatkan sasaran imunisasi ke Disember berbanding sasaran awal suku pertama 2022.