MAKSUD SCALPING & SWING: ISTILAH DALAM FOREX
Pasaran kewangan mempunyai banyak jenis trader. Jika anda masih belum mengetahuinya, mari kita mendalami maksud scalping dan swing dalam artikel ini.
Dalam mengkategorikan jenis trader, umum mengklasifikasikan terdapat 2 jenis trader dengan gaya yang berbeza iaitu SWING TRADER dan SCALP TRADER. Apakah perbezaan kedua-dua jenis trader ini?.
A. SWING TRADER
TEMPOH MASA
Swing trader ialah trader yang membuat dagangan untuk satu tempoh yang panjang. Pergerakan kaunter pelaburan sama ada pair forex, metal, saham, minyak, komoditi tanaman dan pelbagai lagi dianalisis untuk mendapatkan keuntungan bagi satu jangka masa yang panjang. Posisi entry kebiasaannya dibiarkan selama lebih dari seminggu atau lebih sebulan, malah ada yang menyimpan posisi dagangan lebih daripada 3 bulan!
ILMU DAGANGAN
1. Fundamental
Trader swing kebiasaannya membaca pergerakan kaunter pelaburan berdasarkan ilmu fundamental kerana ilmu fundamental memberi arah pergerakan untuk satu jangka masa yang lama. Sebagai contoh, jatuhan panjang di pair EUR/USD pada tahun 2018 bermula Mac 2019 berpunca daripada penetapan polisi kewangan di mana Federal Reserve mengumumkan kenaikan Interest Rate dan berterusan naik sebanyak 4 kali bagi tahun tersebut. Berbanding FEDS, European Central Bank kekal dengan polisi sedia ada dan tiada perubahan Interest Rate. Oleh itu, USD lebih menarik minat pelabur berbanding EUR sekali menyebabkan kejatuhan panjang sepanjang tahun.
2. Teknikal
Ilmu teknikal trader swing adalah sama sahaja dengan scalper, kerana teknikal analisis diperlukan untuk mencari posisi yang terbaik. Yang berbeza hanyalah penekanan dari sudut time frame yang mana swing trader perlu melihat time frame yang besar untuk menjangkakan julat pergerakan bagi satu tempoh yang panjang.
KEUNTUNGAN
Kebiasaannya keuntungan dagangan adalah besar bagi swing trader, berbaloi dengan jangka masa yang mereka tunggu untuk mengutip hasil. Tetapi dari segi kekerapan, swing trader mungkin jarang membuat pengeluaran.
B. SCALP TRADER
TEMPOH MASA
Scalp trader adalah trader yang membuat dagangan pantas di mana mereka keluar dan masuk ke dalam pasaran dalam masa yang agak singkat. Mereka memahami bagaimana pasaran bergerak dan mengambil peluang daripada sifat pasaran tersebut.
ILMU DAGANGAN
1. Teknikal
Penekanan terhadap analisa teknikal adalah menjadi keutamaan para trader scalper. Terdapat berpuluh malah mungkin beratus teori strategi teknikal scalping yang wujud di dunia. Pelbagai teori dicipta atas penilaian trader setelah melihat corak pergerakan pasaran yang sentiasa berulang-ulang sebenarnya. Saya tidak ingin menyentuh aspek ilmu scalper lebih jelas kerana perbahasan itu akan menjadi panjang berdasarkan teori masing-masing.
2. Fundamental
Scalper tidak terlalu melihat dari sudut fundamental kerana mereka tidak memerlukan kefahaman ini untuk membuat keuntungan. Tetapi, ada sesetengah scalper menjadikan news sebagai tapisan di mana dagangan scalper tidak akan dilakukan semasa muncul news-news besar kerana akan mengganggu analisa dan teknik scalping mereka.
KEUNTUNGAN
Dari sudut keuntungan, scalper menghasilkan keuntungan yang sedikit kecil setiap kali posisi entry ditutup tetapi kekerapan yang lebih tinggi. Dari segi pengeluaran, scalper lebih banyak membuat pengeluaran secara kecil-kecilan.
SIAPA YANG LEBIH BAIK, SCALPER ATAU SWING TRADER?
Matlamat dagangan adalah membuat keuntungan. Sekiranya gaya dagangan anda membantu anda membuat kenuntungan yang konsisten, itulah yang TERBAIK!. Tidak perlu mengikut gaya dagangan trader yang lain yang mungkin sesuai dengan mereka, TETAPI TIDAK UNTUK ANDA.
Sebagai contoh, ada yang menilai trader yang berkeupayaan berdagang ketika news keluar dalam masa yang singkat sebagai “tidak PRO“, abaikan sahaja kerana hanya anda yang faham dengan sistem dagangan anda. Mungkin tidak pro untuk sesetengah trader yang lain tetapi anda ada kelebihan tersebut. Rujuk post di TraderForexMalaysia untuk artikel mengenai pro trader.
Dan mungkin ada yang mengganggap “NEWS” dan “FUNDAMENTAL” itu MENIPU, mungkin beliau yang tertipu kerana tidak ada sistem trading berdasarkan ilmu fundamental tetapi tidak bagi anda!.
Kesimpulan, anda perlu mempunyai kefahaman yang jelas dan sistem dagangan yang anda faham dan terbukti berkesan untuk anda!.
Anda boleh membaca analisis teknikal yang sesuai untuk swing dan scalp trader di ruangan Teknikal kami.
WUJUDKAH HYBRID TRADER?
INI YANG KAMI BAGI PIHAK MAJALAH FOREX MALAYSIA CARI SEBENARNYA!. Trader yang berkebolehan tinggi, di mana beliau mampu untuk mengadaptasi kedua-dua gaya dagangan tersebut. Pencarian kami akan diteruskan. Platform Battle of The Trader (BOTT 2019) salah satu cara selain beberapa cara lain yang sedang kami rangka dalam mencari bakat tersebut sekiranya ada. Jika tidak di musim pertama, mungkin kita akan jumpe HYBRID TRADER tersebut di musim-musim seterusnya mungkin.
NajmuldinExchanger Trusted Local Exchanger, pelbagai broker forex Malaysia & Brunei.
Kami menjalankan urusan Jual Beli Neteller, Fasapay dan pelbagai local depo broker dengan mudah pantas dan cekap.
Sila lihat senarai broker yang kami tawarkan di sini :
- FBS
- Instaforex
- Justforex
- BKFX
- Forex4You
- Tifia
- Errante
- Fullerton Markets
- Samtrade FX
- FXTM
- Fx Giants
- CXM Direct
Hubungi WhatsApp kami sekarang :
http://crewnajmuldinexchanger.wasap.my
Ikuti Telegram kami sekarang :
http://t.me/crewnajmuldinexchanger
Ikuti dan hubungi Facebook Page kami :