Majalah Edisi ke-56
Kita memasuki bulan terakhir 2019. Pelbagai pengalaman kita perolehi pada tahun 2019.
Sepanjang 11 bulan ini, pengalaman menjadikan kita lebih matang. Memberi kita peluang menguji teori dan strategi dagangan kita. Jika teori dan strategi yang kita terapkan pada tahun 2019 ini menampakkan hasil yang positif, kita akan teruskan pada tahun hadapan 2020 dan pastinya akan terus menambah baik.
Bagi kami pasukan MFM, teori gabungan fundamental+sentimen+teknikal memberi kami lebih keyakinan untuk teroka pasaran. Kami akan terus memberi info dan maklumat berkaitan pasaran untuk manfaat bersama.
Minggu ini, peluang dagangan pastinya wujud dan ini peluang anda untuk teroka peluang dagangan ini.
Selamat membaca!