ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA,
Majalah Edisi ke-40.
MFM ialah media dalam bentuk e-Majalah. Tujuan penubuhan MFM ialah untuk memberi informasi dan pendidikan dagangan secara percuma kepada semua tanpa ada apa-apa syarat.
Dan MFM bersedia memberi ruang kepada trader yang berbakat, untuk menonjol dan menyumbang sedikit sebanyak kepada industri dagangan di Malaysia. Oleh itu, kami rangka satu aktiviti, Battle of The Trader (BOTT) 2019. Ini ruang kami mencari trader yang baik, yang mampu membuat keputusan yang penting, dan tepat. Pasti ada ilmu disebalik dagangan mereka itu. Itu yang kami cari.
Walaubagaimanapun, suka saya hendak tegaskan, ini hanyalah aktiviti sahaja. Masih ramai di luar sana yang lebih hebat dan penuh strategik dagangan mereka. Kami sememangnya mencari anda!.
Untuk edisi kali ini, jom baca info tambahan yang menarik sebagai tambahan maklumat disamping peluang dagangan yang berpotensi tinggi.
Selamat membaca!