ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA KEPADA SEMUA PEMBACA MFM
Setelah berehat dua minggu sempena cuti hujung tahun, Majalah Forex Malaysia kembali pada minggu ini. Pastinya dengan maklumat pasaran terkini kami sediakan untuk pembaca setia kami.
Tahun 2021 bermula. Pastinya cabaran yang baru akan kita tempuh. Jika tahun lalu kita cemerlang dalam dagangan, tingkatkan lagi kecemerlangan anda pada tahun ini.
Jika anda masih gagal pada tahun lalu, jadikan ianya sebagai pemebelajaran. Jangan putus asa. Terus berusaha.
Rezeki akan datang kepada mereka yang berusaha, belajar dari kesilapan, dan tidak putus asa.
Semoga semua pembaca MFM akan terus maju dalam dagangan masing-masing!.