Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) akan memperkenalkan e-invois mandatori bagi syarikat dengan hasil RM100 juta dan ke atas, mulai Jun tahun depan, menurut ketua pegawai eksekutifnya Datuk Mohd Nizom Sairi.
“Kami masih dalam proses membangunkan struktur e-invois dan menjangkakan untuk melaksanakan projek perintis (ujian awal untuk syarikat terpilih) seawal tahun depan.
“Kami berharap untuk memulakan fasa pertama pada bulan Jun, yang memerlukan syarikat dengan perolehan RM100 juta dan ke atas untuk menggunakan e-invois. Jumlah pelanggan yang disasarkan [untuk fasa ini] adalah sekitar 4,000,” kata Nizom selepas sesi bertemu media pada hari Isnin (22 Mei).
E-invois atau invois cukai elektronik ialah satu bentuk pengebilan elektronik dan digunakan oleh rakan kongsi perdagangan, seperti pelanggan dan pembekal mereka, untuk membentangkan dan memantau dokumen transaksi antara satu sama lain dan memastikan syarat perjanjian perdagangan mereka dipenuhi.