Pernah kah anda hadapi situasi ini: anda merasakan keputusan “beli” adalah lebih baik berbanding “jual”, tetapi rakan anda mengatakan sebaliknya.
Apakah keadaan emosi anda pada ketika itu? Keliru?
Dalam
membuat analisa pasaran, terdapat beberapa jenis analisa yang perlu anda
lakukan. Antaranya ialah:
1. Analisa fundamental
2. Analisa sentimen
3. Analisa teknikal
Tidak ramai yang mampu membuat analisa fundamental kerana lebih kompleks dan perlukan pembacaan yang lebih mendalam terhadap pasaran. Begitu juga dengan analisa sentiment di mana ianya terlalu umum dan sukar untuk di kaitkan dengan pergerakan pasaran secara terus.
Majoriti lebih gemar untuk fokus kepada analisa teknikal. Walaubagaimanapun, analisa teknikal ada terlalu banyak teori dan cara guna. Malah, satu teori juga akan berbeza-beza cara penggunaan dan penilaian pasaran.
Analisa teknikal, jika anda tidak sandarkan dengan analisa fundamental dan teknikal, ianya lebih kepada “pendapat” individu trader tersebut sahaja. Secara umum, analisa teknikal adalah lebih kepada analisa berdasarkan corak pergerakan pasaran.
Oleh sebab itulah selalu berlaku, pendapat seorang trader tentang pasaran, berbeza dengan trader lain. Kerana masing-masing melihat dari sudut pandang yang berbeza.
Apa
penyelesaian kepada keadaan ini?. Lengkapkan analisa teknikal anda dengan analisa
fundamental. Kenapa? Kerana fundamental pasaran akan mempengaruhi pergerakan
jangka masa panjang. Bagaiman untuk gabungkan kedua-dua analisa ini?.
Nantikan kupasan kami lebih lanjut.