Seminar
XM ingin menjemput semua pelanggan untuk menyertai webinar eksklusif percuma yang direka untuk memberi pengetahuan praktikal mengenai pelbagai strategi untuk membentuk portfolio dagangan atas talian yang mampan dan merendahkan pendedahan risiko ke tahap yang minimum.
Webinar ini akan disampaikan oleh dua instruktor profesional yang terkenal iaitu Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani di mana mereka akan memberi penekanan mengenai pentingnya mempunyai portfolio pelaburan untuk mencapai matlamat dagangan dengan risiko yang rendah.
Selain itu, XM juga menawarkan cabutan bertuah untuk webinar eksklusif ini. Antara hadiah yang ditawarkan ialah Skuter Automatik Yamaha NVX, iPhone XS, komputer riba Microsoft Surface Pro 6 dan 1000 USD tunai. Pelanggan perlu memenuhi syarat-syarat untuk melayakkan diri ke cabutan bertuah tersebut.
Hasil pembelajaran daripada webinar ini adalah pelanggan dapat mengetahui cara membentuk kepelbagaian portfolio pelaburan sendiri, disamping memperoleh pengetahuan yang lebih mendalam mengenai pasaran global yang dinamik. Selain itu, pelanggan juga dapat mempelajari cara membangunkan model pasaran yang menarik untuk jangka masa panjang dan juga mengetahui cara untuk menggunakan teknik dagangan yang berguna bagi memantau prestasi pelaburan.