1st Dec. – Pasaran indeks asia pada permulaan bulan Disember 2020 bermula dengan sangat positif. Antara yang mencuri tumpuan adalah lonjakan yang berlaku pada indeks Nikkei 225 di mana lonjakan besar terus berlaku pada hari ini.
Sejak bulan November lagi, indeks Nikkei 225 menunjukkan prestasi yang sangat memberansangkan apabila bermula pada paras 23,295.48 mata dan menutup pasaran pada penghujung bulan pada paras 26.433.64. Peningkatan ketara ini berlaku susulan berita mengenai vaksin Covid-19 memberi optimism pasaran terhadap pemulihan ekonomi.
Data ekonomi yang terbit seperti Manufacturing PMI menunjukkan peningkatan yang baik apabila melonjak daripada 48.3 kepada 49.0 seperti yang dilaporkan pada pagi tadi. Lonjakan ini merupakan antara yang tertinggi sejak January 2020.
Antara syarikat yang menunjukkan pertumbuhan yang ketara sekaligus membantu lonjakkan indeks Nikkei 225 adalah seperti NTN Crop, SUMCO, Furukawa Electric dan Toppan Painting.