25th Nov. – Indeks pasaran utama Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan mendadak pada hari ini dengan melepasi paras tertinggi sepanjang zaman iaitu pada paras 30,000. Ini merupakan kali pertama indeks US30 itu berada pada paras lebih daripada 30,000.
Lonjakan ini juga turut berlaku kepada indeks pasaran Amerika Syarikat yang lain seperti S&P 500 dan Nasdaq 100 yang turut mencatatkan peningkatan mendadak pada pasaran minggu ini. Beberapa saham utama seperti Tesla dan Nio memainkan peranan penting membantu lonjakan indeks pasaran U.S apabila turut mencipta sejarah melonjak ke paras tertinggi sepanjang zaman.
Dow Jones Industrial Average (DJIA) melonjak sebanyak 1.5% atai 454 mata sementara S&P 500 pula meningkat sebanyak 1.6%. Saham Tesla (TSLA) mencatatkan peningkatan sebanyak 6.4% dan melepasi paras tertinggi sepanjang zaman.
Lonjakan ini berlaku kerana didorong oleh optimism pasaran terhadap penemuan demi penemuan vaksin Covid-19. Penemuan vaksin ini adalah penting bagi memberi harapan kepada pasaran ekonomi akan pulih seperti sedia kala jika pandemik Covid-19 berakhir apabila vaksin ditemui.
Dari sudut geopolitikal di U.S, pengumuman terbaru oleh Presiden U.S Joe Bidden mengenai kemungkinan lantikan terbaharu bagi mengisi kerusi Pengerusi Federal Reserve memberi keyakinan tambahan terhadap perkembangan ekonomi di sana. Janet Yellen, yang merupakan bekas pengerusi FEDS sebelum ini dijangka akan dilantik semula ke kerusi terpenting di FEDS.