U.S Treasury Yields mencatatkan peningkatan tertinggi sejak Mac 2019 pada hari ini. Pasaran kembali dibuka pada hari Selasa setelah Amerika Syarikat bercuti pada hari Isnin sempena cuti am Hari Presiden. Pasaran Bon juga ditutup pada hari Isnin yang lalu.
Bidaan yang berlaku pada Selasa yang lalu menunjukkan permintaan yang tinggi terhadap $54 billion 13-week bills, $15 billion 26-week bills, $30 billion 119-day bills dan juga $30 billion 42-days bills.
U.S 10-Year Yields meningkat sebanyak 1.312%, meningkat sebanyak 9.9 mata kepada dan merupakan lonjakan terbesar dalam masa sehari sejak November yang lalu. Manakala bon not 2-Year Yields turut melonjak ke paras 0.121%, sementara bon not 30-Year Yields juga turut meningkat 2.083%.
Perolehan perbendaharaan meningkat apabila pelabur melihat dengan penuh minat perkembangan terkini pakej ransangan $1.9 trillion USD oleh Presiden Joe Biden di peringkat kongress, selain daripada perkembangan program vaksinasi di Amerika Syarikat.