Harga minyak global mengalami kemerosotan pada minggu ini berbanding beberapa minggu yang lalu. Brent Crude Oild turun sebanyak $0.60 atau 1.2% dan kini didagangkan pada harga $50.32 per barrel manakala U.S West Texas Intermediate (WTI) pula jatuh sebanyak $0.72, sekitar 1.5% kejatuhan dan kini didagangkan pada paras sekitar $47.25.
Penurunan ini berlaku pada ketika kemunculan varian baharu Covid-19 yang dikesan di United Kingdom. Kembimbangan terhadap perkembangan mutahkhir ini menggusarkan pelabur dan pedagang akan kemungkinan pandemik memasuki fasa ke-3.
Pada ketika ini, beberapa negara telah memulakan program vaksinasi. Terbaharu, Joe Biden, inidvidu yang akan memimpin pentadbiran White House mengambil inisiatif dengan mengambil vaksin dan disiarkan secara langsung di media.
Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) terbaharu meletakkan sasaran pengeluaran sebanyak 500,000 barrel setiap hari pada Januari ini.Kemungkinan penurunan harga minyak akan terus belaku sehingga Januari 2020 sekiranya permintaan terhadap sumber tenaga itu menurun akibat gelombang baharu Covid-19.
TREND KENAIKAN HARGA MINYAK TERPADAM PADA MINGGU INI
Kenaikan harga minyak yang berlaku sejak Mac 2020 terhenti pada minggu ini. Harga minyak global gagal mengatasi paras harga $50.00 per barrel dan kembali turun ke paras sekitar $46.30 pada hari ini.
Kejatuhan ini berlaku seiring dengan laporan terbaharu kemunculan varian baharu Covid-19 di United Kingdom. Kerajaan United Kingdom terpaksa mengambil langkah drastik dengan mengenakan perintah larangan pergerakan di seluruh negara selepas bimbang dengan penularan pantas Covid-19 yang dikaitkan dengan penemuan varian baharu.
Harga dijangka turun sehingga ke paras $44.00 per barrel di mana itu adalah paras harga sokongan pada beberapa minggu lalu. Perkembangan terbaharu kejayaan program vaksinasi serta situasi pandemik Covid-19 akan menentukan hala tuju harga minyak mentah global.