27th Nov. – Peningkatan harga minyak sejak beberapa minggu kebelakangan ini terhenti seketika hari ini. Harga kembali jatuh ke paras di bawah $45.00 setong hari ini, berbanding harga tertinggi yang dicatatkan pada minggu ini pada paras $46.20.
Harga kini berlegar pada paras sekitar $45.00 – $44.90 setakat hari ini. Secara keseluruhan pergerakan harga harga minyak naik sepanjang bulan November sebanyak 2%.
Antara faktor penyumbang peningkatan harga minyak mentah global ini adalah kejatuhan mendadak simpanan inventori minyak di US dan juga laporan mengenai vaksin covid-19 yang memberi harapan pemulihan ekonomi akan berlaku sekaligus meningkatkan permintaan kepada minyak mentah.
Data yang dikeluarkan oleh Amerika Syarikat mendedahkan jumlah simpanan inventori minyak mentah jatuh sebanyak 754,000 tong minggu lalu, berbeza dengan jangkaan yang dibuat oleh Reuters yang menjangkakan peningkatan simpanan sebanyak 127,000 tong.
Situasi sedikit tegang di antara negara-negara Organization of Petroleum Exporting Countries (OPEC) di mana ada di antara negara yang tidak bersetuju dengan saranan untuk meneruskan pemotongan pengeluaran minyak sehingga Januari 2020.
Negara-negara yang sangat bergantung kepada hasil minyak dalam menjana ekonomi merasa tertekan dengan situasi harga minyak mentah yang rendah sepanjang tahun 2020 ini dan sangat berharap untuk mengeluarkan minyak pada skala yang lebih besar sementara harga masih tinggi pada ketika ini.