Harga emas terkini mencatatkan peningkatan menjelang tahun baharu 2021 yang bakal tiba. Sejak pasaran dibuka pada minggu ini, harga emas terus melonjak dan kini berada pada paras $1889.00 per auns.
Peningkatan harga emas dikaitkan dengan kelemahan berterusan matawang US Dollar yang merosot teruk pada tahun ini. Emas akan menjadi alternatif kepada US Dollar pada ketika matawang utama dunia itu merosot.
Keadaan global yang masih tidak menentu juga menyebabkan pelabur dan pedagang memilih pilihan yang lebih selamat dan emas merupakan pilihan terbaik kerana sifatnya yang kalis inflasi serta sentiasa bernilai.
Harga emas pernah mencatatkan peningkatan tertinggi sepanjang zaman pada tahun ini apabila melonjak aggresif ke paras $2074.00 per auns yang dicatatkan pada awal bulan Ogos yang lalu. Pada ketika itu keadaan pandemik Covid-19 berada pada tahap yang serius dan mencemaskan global.
Walaubagaimanapun, harga emas kembali turun apabila berita mengenai penemuan vaksin Covid-19 mula menjadi topik hangat. Emas kembali jatuh ke paras $1765.002 bulan berikutnya dan kini kembali naik.
Kami menjangkakan harga emas akan membuat lonjakan sekali lagi sebelum kembali stabil pada paras sekitar $1900.00 – $1850.00.