8th Dec. – Harga emas kembali pulih dan kini melepasi paras $1800.00. Peningkatan ini berterusan sejak awal Disember 2020 selepas jatuh mendadak pada bulan November yang lalu.
Secara teori fibonacci retracement, harga emas menghampiri paras penting fibonacci retracement 38.2 yang berdekatan dengan paras $1900.00. Harga emas kembali meningkat berikutan situasi geopolitik di zon eropah serta kemungkinan suntikan ransangan ekonomi oleh kerajaan Amerika Syarikat dalam masa terdekat.
Dari sudut sentimen pasaran, berita mengenai penggunaan vaksin Covid-19 selepas ini pastinya akan memberi kesan kepada nilai emas. Setakat ini, beberapa negara telah pun setuju untuk membeli serta menggunapakai secara meluas vaksin Covid-19.
Kami menjangkakan harga emas berpotensi untuk jatuh kembali selepas mana-mana negara yang berjaya melaksanakan suntikan vaksin Covid-19 dan berjaya mengawal penularan pandemik Covid-19.
Sertai webinar ShowFx World terakhir pada tahun 2020 bersama dengan pengasas e-majalah forex mingguan “Majalah Forex Malaysia” – Ahmad Faizuddin!
Terdapat 5 asas penting dalam dagangan Forex iaitu:
A. Ilmu analisa pasaran
1. Analisa fundamental
2. Analisa teknikal
3. Analisa sentimen
B. Ilmu kemahiran dagangan
1. Kemahiran mengawal akaun dagangan
2. Menguasai emosi semasa dagangan
Webinar in amat sesuai dengan mereka yang baru berdagang dan mereka yang mahu mengulangkaji ilmu mereka berkaitan dengan 5 aspek penting dalam dagangan forex.
Setiap peserta berpeluang memenangi bonus dagangan AS $ 1,000, AS $ 2,000 atau telefon pintar berjenama iPhone!
Untuk menyertai webinar secara percuma, anda boleh klik di bawah.