3rd Dec. – Harga emas melonjak kembali pada minggu ini, seperti yang telah kami jangkakan pada analisa yang telah dikongsi pada minggu lalu. Setelah jatuh mendadak ke paras $1765.00, harga kembali meningkat ke paras $1835.00 setakat hari ini.
Kejatuhan mendadak yang di alami oleh emas sepanjang 2-3 bulan sebelum ini berpunca daripada optimism pasaran terhadap pemulihan aktiviti ekonomi global berikutan penemuan demi penemuan vaksin kepada pandemik Covid-19.
Beberapa negara telah mengumumkan persediaan untuk membeli dan sekaligus memberikan suntikan vaksin Covid-19 terhadap rakyat mereka. Antara yang terawal mengambil langkah proaktif dalam inisiatif adalah negara United Kingdom dan merupakan negara pertama dari Eropah mengumumkan akan mula mengguna pakai vaksin yang dikeluarkan oleh syarikat Pfizer dan BioNTech.
Berita mengenai vaksin ini menyumbang kepada kejatuhan emas, tetapi minggu ini harga emas kembali pulih sedikit berikutan situasi di Amerika Syarikat tidak membantu pengukuhan US Dollar. US Dollar jatuh ke paras terendah sejak 2 tahun lalu berikutan US Treasury Sectretary, Steve Mnuchin dan House Speaker Nancy Pelosi masih belum mengadakan sebarang rundingan berkaitan pelan ransangan ekonomi sejak berlalunya pilihan raya Presiden bulan lalu.
Data ekonomi ISM Manufacturing PMI juga tidak membantu mengukuhkan US Dollar apabila dilaporkan jatuh daripada 59.3 kepada 57.5. Kenyataan yang berhati-hati oleh Pengerusi Federal Reserve Jerome Powell memberi indikasi keadaan ekonomi Amerika Syarikat masih dalam fasa awal pemulihan.
Situasi seperti yang dinyatakan di atas menyebabkan kelemahan US Dollar pada minggu ini, sekaligus memberi kesan terhadap nilai emas. Harga emas kembali meningkat.
Walaubagaimanapun, kami menjangkakan akan berlaku jatuhan sekali lagi berikutan optimism pasaran terhadap vaksin Covid-19 akan menguasai sentimen pasaran emas dalam jangka masa terdekat.