Harga emas minggu ini kembali melonjak. Kejatuhan nilai harga emas berlaku sejak bulan Ogos tahun lalu.
Harga emas pernah mencatatkan peningkatan tertinggi melepasi paras $2000.00 pada tahun lalu ketika mana global berada dalam situasi cemas akibat pandemic Covid-19. Walaubagaimanapun, sejak berita mengenai kemunculan vaksin Covid-19 muncul, harga emas kembali jatuh sehingga ke paras $1764.00 pada hujung tahun lalu.
Optimism pasaran terhadap vaksin Covid-19 menyebabkan pelabur mula beralih arah kepada asset yang lebih berisiko berbanding emas. Walaubagaimanapun, jika dilihat pada keadaan semasa, kesan vaksin terhadap kawalan pandemic ini masih tidak begitu ketara.
Global masih dilanda pandemic Covid-19, malah di beberapa negara kes-kes harian dilaporkan terus meingkat tinggi, termasuk Malaysia. Pastinya keadaan ini menakutkan pelabur dan mula kembali kepada logam yang lebih stabil iaitu emas.
Faktor USD yang masih lemah juga turut menyokong pengukuhan kembali harga emas. Dijangka emas akan kembali naik sekurang-kurangnya ke paras menghampiri $2000.00. Jika keadaan pandemic covid-19 bagi tahun 2021 ini tidak menunjukkan sebarang pemulhan ketara, tidak mustahil harga emas akan melepasi harga tertinggi tahun lalu.