Harga emas melonjak tinggi sejak bermulanya pandemik Covid-19 pada hujung tahun lalu. Harga emas pernah melonjak ke paras tertinggi melebih $2000.00 per auns sebelum kembali jatuh ke paras sehingga $1750.00 per auns minggu ini.
Kejatuhan ini berpunca daripada optimism pasaran terhadap penemuan vaksin Covid-19 serta pengumuman beberapa negara yang sudah bersedia untuk membeli dan mengguna pakai vaksin tersebut.
Sejak 3 bulan yang lalu, harga emas jatuh $1760.00, tetapi kembali meningkat mendadak minggu ini. Harga kini didagangkan pada paras $183.89 per auns. Jika diukur menggunakan fibonacci retracement, harga kini menghampiri paras penting fibonacci retracement.
Harga berkemungknan akan ke paras 50.0% fibonacci retracement atau mungkin ke paras 38.2%, sebelum berkemungkinan kembali turun. Jangkaan harga emas kembali turun bersandarkan kepada situasi di mana penemuan serta penggunaan vaksin Covid-19 pastinya akan memulihkan keyakinan terhadap pemulihan ekonomi sekaligus pelabur dan pedagang akan memilih pasaran yang lebih berisiko berbanding emas.