Harga barangan pengguna dijangka meningkat sehingga 20 peratus menjelang Oktober tahun ini dengan didorong dua faktor utama iaitu inflasi Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan berkata, pihaknya mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari.
Bercakap kepada Utusan Malaysia, Presiden Dewan Perniagaan dan Industri India Kuala Lumpur dan Selangor (KLSICCI), Nivas Ragavan berkata, pihaknya mengesan peningkatan 20 peratus kos pengeluaran dan operasi dalam kalangan ahli KLSICCI sejak Januari lalu.
Katanya, peningkatan kos itu ekoran kemerosotan nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) sehingga mendorong berlaku inflasi import pada kadar tinggi. “Sejak Januari sehingga Julai tahun ini, kejatuhan ringgit bermula pada kadar RM4.20 berbanding dolar AS dan sekarang RM4.60 berbanding dolar. Peningkatan sebanyak 10 peratus berlaku terhadap kemerosotan ringgit berbanding dolar AS.
“Sudah pasti ia meningkatkan kos pengeluaran. Sepanjang rantaian bekalan sudah menyaksikan peningkatan kos dan akhirnya, kesan ini akan mengakibatkan produk pengguna di rantaian terakhir bekalan turut meningkat. Maka, pengguna akan menghadapi kesan inflasi import apabila harga barangan naik,” katanya di sini, semalam. -AGENSI