Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan bayaran GKP Tambahan akan dikreditkan mulai 25 Mac ini kepada semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang telah diluluskan di bawah Geran Khas Prihatin 1.0 (GKP 1.0) dan GKP 2.0 sebelum ini.
“Pembayaran akan dikreditkan terus ke akaun bank yang didaftarkan dalam sistem GKP dan semakan status kelulusan boleh dibuat mulai 24 Mac di Portal GKP, iaitu https://gkp.hasil.gov.my, ” kata beliau melalui hantaran di Facebook nya.
Bantuan kewangan secara one-off sebanyak RM1,000 diberi melalui Geran Khas Prihatin (GKP) Tambahan kepada PKS mikro di 12 negeri Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa pada bulan Januari dan Februari lalu manakala PKS mikro yang berada di negeri bukan PKP pula akan menerima sebanyak RM500 selaras dengan pengumuman kerajaan di bawah Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI)