POLISI KEWANGAN BANK OF JAPAN
Bank of Japan telah mengumumkan akan kekal dengan polisi kewangan semasa iaitu memilih untuk mengekalkan kadar interest pada kadar yang rendah sehingga penghujung tahun 2019.
EKONOMI JAPAN
Dari sudut ekonomi pula, dilaporkan ekonomi Japan ketika ini tidak memberansangkan. Tindakan China melemahkan Yuan memberi impak yang negatif kepada eksport Japan, sekaligus tidak membantu ekonomi Japan untuk berkembang dengan lebih baik.
https://www.wsj.com/articles/japans-banks-are-about-to-get-even-feebler-11558086378
Bank of Japan juga sedar akan perkara ini. Seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal, ekonomi Japan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda pemulihan, sesuatu yang diperlukan untuk merubah polisi kewangan sedia ada daripada “ultra loose policy” kepada “normalization”, dan selanjutnya kepada “tight policy”.
Yen berpotensi bakal menerima impak buruk sehingga ke penghujung tahun 2019. Sila semak peluang dagangan melibatkan matawang yen. Sentiasa ambil kira risiko dagangan terlebih dahulu.