Dolar AS (USD) mengukuh ke paras tinggi lapan bulan berbanding yen susulan kekuatan matawang USD serta peningkatan dalam pulangan perbendaharaan Amerika Syarikat.
.
USD mencecah paras 108 yen pada jam sekitar 7.51am waktu Tokyo.
![](http://v2.majalahforexmalaysia.com/wp-content/uploads/2021/03/download-4-1024x594.png)
.
Pasangan matawang USD/JPY elah meningkat sejak bermulanya tahun 2021, mengukuh sekitar 4.6% dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi dan reflasi di AS oleh para pelabur.
.
Peningkatan dalam pulangan bon AS juga turut menarik permintaan daripada pelabur Jepun, seterusnya memberi tekanan kepada matawang Yen.