Parti Demokrat memenangi pilihan raya Senator di Georgia semalam. Jon Ossoff, calon yang mewakili parti Demokrat berjaya menyingkirkan pesaing beliau dari parti Republikan.
Parti Demokrat yang diketuai oleh Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat yang terbaharu kini dilihat semakin kukuh dan menguasai U.S Senate. Keadaan ini pastinya akan melancarkan pentadbiran Joe Biden sekaligus bakal membuka peluang suntikan ransangan ekonomi yang lebih besar tanpa halangan daripada pihak Republikan.
Para penganalisa ekonomi menjangkakan keadaan ini akan membantu pertumbuhan ekonomi yang lebih positif dan akan menaikkan pasaran Walls Streets ke tahap yang lebih tinggi. Namun para penganalisa menjangkakan kesan terhadap matawang US Dollar turut perlu dibeir perhatian.
Dijangka Dollar akan terus lemah terutamanya apabila disandarkan keapda matawang komoditi seperti Australia Dollar dan matawang negara membangun yang lain.