7th Dec. – Matawang US Dollar mengalami kemerosotan ketara beberapa bulan kebelakangan ini. Laporan data ekonomi terkini juga tidak membantu pengukuhan matawang US Dollar. Terbaru laporan yang dikeluarkan oleh US Bureau of Labor Statistics mengesahkan situasi ekonomi yang tidak memberansangkan.
Berdasarkan data Non-Farm Payroll yang dikeluarkan pada 4 Disember yang lalu, hanya 245,000 pekerjaan baharu dicipta pada bulan November 2020, jauh lebih rendah berbanding jangkkan yang dibuat oleh penganalisa ekonomi.
Berbeza berbanding pada bulan Oktober di mana angka yang jauh lebih besar dicatatkan. Sebanyak 610,000 pekerjaan dicipta pada bulan lalu berbanding hanya 245,000 pada bulan November. Manakala peratusan kadar pengangguran sedikit jatuh lalu iaitu hanya 6.7% dicatatkan pada November berbanding 6.9% bulan lalu.
US Dollar kembali lemah berbanding beberapa matawang utama yang lain pada ketika ini. Pair USD/CAD menyaksikan kejatuhan berterusan berlaku sejak Mac 2020. Pair USD/CAD didagangkan pada paras 1.276 pada hari ini, jatuh berbanding pada 1 November 2020 di mana harga pada ketika itu berada pada paras 1.299. Canada Dollar dilihat semakin mengukuh berikutan peningkatan harga minyak mentah global pada ketika ini sekaligus meningkatkan keupayaan ekonomi negara Canada.