Ketika mana kebanyakan negara-negara di dunia bergelut dengan kelembapan ekonomi pada tahun 2020 akibat pandemic Covid-19, China muncul sebagai satu-satunya negara ekonomi utama dunia yang mencatatkan pertumbuhan ekonomi yang positif.
Data Gross Domestic Product (GDP) yang terbit semalam 18 January 2021 mengesahkan perkara ini di mana data GDP negara tersebut mencatatkan pertumbuhan 6.5% bagi suku tahun terakhir tahun lalu. Secara keseluruhan, ekonomi China mencatatkan pertumbuhan sekitar 2.3% sepanjang tahun 2020.
Berbeza dengan zon ekonomi Amerika Syarikat di mana negara tersebut menguncup sebanyak 3.6% manakala zon Eropah pula mengalami penurunan pertumbuhan ekonomi setinggi 7.4% bagi tahun lalu.
Prestasi cemerlang China ini dibantu oleh pertumbuhan pesat sektor industry pembuatan yang melonjak sebanyak 7.1% pada 3 bulan terakhir tahun lalu. Seperti yang diketahui umum, China bermula dengan perlahan pada awal tahun 2020 di mana mereka berhadapan dengan penularan virus Covid-19, bermula di Wuhan, tetapi Berjaya mengawal dengan baik wabak tersebut dalam masa hanya 3 bulan.
Ketika mana global bergelut untuk mengawal wabak tersebut, China dilihat sangat berjaya menangani pandemik itu sekaligus tidak berhadapan masalah untuk ekonomi di sana berjalan seperti biasa. Nilai eksport China turut meningkat sebanyak 4% tahun lalu, menyumbang kepada lebihan dagang yang semakin positif.
Dengan data terbaru yang terbit ini memberi gambaran pengukuhan ekonomi China ini, pasti ianya akan memberi kesan kepada nilai matawang Yuan. Yuan mengukuh berbanding US Dollar sejak Mac 2020 dan trend pengukuhan masih berlaku pada ketika ini. Pada Mac 2020, Yuan didagang pada paras sekitar 7.1500 sebelum mengukuh ke paras 6.4500 pada ketika ini apabila disandarkan kepada US Dollar.
Matawang Australian Dollar serta New Zealand Dollar turut mendapat kesan positif daripada pengukuhan ekonomi dan matawang China bagi tahun 2020 dan berterusan sehingga ke hari ini.