Beberapa jam selepas menandatangani RUU rangsangan ekonomi bernilai $1.9 trillion menjadi undang-undang pada hari Khamis, Presiden Amerika Syarikat Joe Biden bersedia untuk memberitahu rakyat AS bahawa beliau akan mengambil langkah agresif untuk mempercepatkan vaksinasi Covid-19 dan membawa negara itu selangkah menghampiri normaliti pada 4 Julai.
Biden menandatangi RUU itu, bertujuan untuk memberi bantuan kepada warganegara dan mempertingkatkan ekonomi. Pakej itu adalah satu kejayaan politik yang besar bagi Biden sejak menjadi presiden sekitar 50 hari yang lalu.
Berdasarkan tinjauan ahli-ahli ekonomi oleh Reuters, majoriti mengatakan bahawa ekonomi AS akan bertumbuh pada kadar yang lebih pantas berbanding jangkaan sebelum ini dan mencecah paras pra-Covid-19 dalam tempoh enam bulan.
Mereka walaubagaimanapun turut menyatakan bahawa pengangguran mungkin akan mengambil sekurang-kurangnya setahun untuk pulih.
Ekonomi terbesar di dunia itu diramalkan bertumbuh sebanyak 5.7% pada tahun ini, selepas menguncup 3.5% pada tahun lalu.